Daftar CIDB Malaysia Secara Online โ Gred G1 hingga G7
Untuk menjalankan kerja pembinaan di Malaysia, kontraktor perlu mempunyai pendaftaran CIDB yang bersesuaian dengan jenis dan skop kerja yang dijalankan. Kami membantu kontraktor dan syarikat membuat permohonan Lesen CIDB G1 hingga G7 secara online, termasuk panduan berkaitan dokumen dan proses pendaftaran.
Sama ada anda kontraktor baharu atau syarikat yang ingin mengembangkan perniagaan pembinaan, dapatkan bantuan untuk urusan Daftar CIDB, Pembaharuan CIDB dan pendaftaran berkaitan kontraktor dengan lebih mudah, teratur dan pantas. Perkhidmatan tersedia untuk kontraktor di seluruh Malaysia, termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Dipercayai Kontraktor Seluruh Malaysia
Urusan CIDB Lebih Mudah Bersama Kami
Bantuan daftar atau renew CIDB? Kami membantu kontraktor memahami keperluan permohonan G1 hingga G7 dengan lebih mudah dan teratur.
Anda Stress hadapi masalah-masalah ini?

Dokumen Tidak Lengkap
Permohonan ditolak kerana dokumen seperti SSM, penyata kewangan, salinan kad pengenalan, sijil syarikat tidak lengkap

Masalah di Sistem CIMS CIDB
Laman web CIMS tidak dapat diakses, server lambat, atau tidak boleh login

Sijil Tamat Tempoh
Sijil CIDB tamat tempoh dan pendaftaran pembaharuan lewat, menyebabkan penalti atau larangan menjalankan projek.

Didenda CIDB
Operasi CIDB โ Pemeriksaan Lesen Kontraktor di tapak projek
Kenapa Kontraktor Perlu Berdaftar Dengan CIDB
Berkuat kuasa mulai 20 Julai 1995, pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), yang juga dikenali sebagai LPIPM, merupakan keperluan penting bagi kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan di Malaysia. Di bawah Seksyen 25 Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), kontraktor pada umumnya perlu berdaftar dengan CIDB sebelum mengakujanji atau melaksanakan kerja pembinaan, tertakluk kepada pengecualian yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Keperluan pendaftaran ini bertujuan memastikan kontraktor mematuhi peraturan industri pembinaan yang berkuat kuasa. Kontraktor dan syarikat pembinaan perlu menyemak status pendaftaran, skop kerja serta keperluan berkaitan sebelum menerima atau melaksanakan projek pembinaan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Ketidakpatuhan terhadap Akta 520: Kontraktor yang melanggar Seksyen 25 boleh dikenakan penalti sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan. Semak teks Akta 520 dan pindaan terkini bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai denda, tindakan undang-undang dan pengecualian yang terpakai.
Kenapa Anda Perlu Memilih Kami Untuk Dapatkan Lesen Sah CIDB
Pengalaman
Kami berpengalaman lebih 15 tahun dalam membantu ratusan klien berjaya mendapatkan lesen CIDB secara sah.
Kelulusan Tinggi
Memastikan permohonan anda berjalan lancar dari mula hingga selesai .
Kerja Profesional
Mudah berkomunikasi dengan klien & Setiap permohonan diproses dengan segera.
Harga Berpatutan
Kami tawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kualiti servis yang terbaik.
Pengalaman 20+ Tahun
Perkhidmatan Urusan CIDB
Pengalaman
Persada Resources Sdn Bhd mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam membantu usahawan dan syarikat menguruskan pelbagai urusan berkaitan pendaftaran dan lesen perniagaan.
Hampir 2,500 syarikat telah mempercayai dan menggunakan perkhidmatan kami dalam membantu menguruskan keperluan pendaftaran, lesen dan dokumentasi perniagaan.
Kami berpengalaman mengendalikan urusan pendaftaran dan pembaharuan CIDB, termasuk keperluan berkaitan SSM, MOF serta penyediaan kertas kerja dan dokumen sokongan.
Dengan pengalaman yang luas dan proses kerja yang tersusun, kami membantu memastikan setiap urusan anda dikendalikan dengan jelas, profesional dan teratur.
Kepakaran Kami
Perkhidmatan CIDB Malaysia untuk kontraktor merangkumi pendaftaran baharu, pembaharuan lesen dan kemas kini maklumat kontraktor G1 hingga G7. Skop perkhidmatan turut meliputi panduan berkaitan SPKK, PKK, penilaian SCORE dan MCORE, Green Card CIDB, kursus serta Sijil Taraf Bumiputera.
Maklumat disediakan untuk membantu kontraktor dan syarikat pembinaan memahami proses permohonan, penyediaan dokumen dan keperluan agensi berkaitan. Perkhidmatan tertentu turut menyediakan panduan pendaftaran kontraktor asing di Malaysia. Kelayakan dan keputusan permohonan tertakluk pada syarat semasa serta keputusan pihak berkuasa berkenaan.
Daftar CIDB
Perkhidmatan pendaftaran CIDB Malaysia untuk kontraktor G1 hingga G7, termasuk panduan permohonan, pemilihan gred dan penyediaan dokumen mengikut syarat semasa.
Renew CIDB
Perkhidmatan pembaharuan lesen CIDB kontraktor dengan panduan semakan maklumat, dokumen dan proses pembaharuan pendaftaran.
Daftar PKK
Bantuan permohonan pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), termasuk panduan kelayakan dan dokumen berdasarkan syarat agensi berkaitan.
Daftar SPKK
Panduan permohonan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) untuk kontraktor yang ingin menyertai perolehan kerja pembinaan kerajaan, tertakluk kepada syarat kelayakan.
Score Evaluation
Bantuan persediaan penilaian SCORE CIDB merangkumi semakan maklumat syarikat, dokumen sokongan dan kriteria penilaian berkaitan.
MCORE Evaluation
Panduan penilaian MCORE untuk kontraktor yang berkenaan, termasuk semakan dokumen dan persediaan mengikut keperluan penilaian semasa.
Green Card CIDB
Bantuan pendaftaran dan pembaharuan Green Card CIDB atau Kad Personel Binaan untuk memenuhi keperluan berkaitan bekerja di tapak pembinaan.
Kemaskini CIDB
Perkhidmatan kemas kini maklumat pendaftaran CIDB, termasuk maklumat syarikat dan butiran pendaftaran mengikut jenis perubahan yang dibenarkan.
Kursus CIDB
Panduan kursus CIDB untuk kontraktor dan personel binaan bagi memenuhi keperluan latihan serta meningkatkan pengetahuan dalam industri pembinaan.
Sijil Taraf Bumiputera
Bantuan pengurusan permohonan dan pembaharuan Sijil Taraf Bumiputera, termasuk semakan maklumat syarikat dan dokumen mengikut syarat agensi berkaitan.
Foreign Contractor Registration
Panduan pendaftaran kontraktor asing di Malaysia, merangkumi semakan kategori pendaftaran, dokumen syarikat dan keperluan CIDB berdasarkan jenis kerja serta peraturan semasa.
Dipercayai Oleh Kontraktor & Syarikat









EXCELLENT
Based on 12 reviews
Posted on Google![]()
Weei Zhee70Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
nak senang , cari persada resources , semua urusan cidb berjalan lancar dan pantasPosted on Google![]()
Dylanhun YihchourTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Very fast and response service. All been settled within the promise time framePosted on Google![]()
Faridul IqramTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah lulus. Terima kasih terbaik cepat dan sangat perihatin ๐๐ปPosted on Google![]()
Noormala RabuTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Pengalaman Yang sangat baik dengan Persada Resources..sangat membantu, bertindak cepat selepas maklumat disalurkan. Tahniah semoga terus cemerlangPosted on Google![]()
Richard LaiTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Efficient and friendlyPosted on Google![]()
shugan rajTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
really reliable and trustworthy 100%Posted on Google![]()
said rezuan said kasimTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Service Terbaik Dan MantapPosted on Google![]()
muamar rahimiTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Service pantas, jarang mengecewakan.. Sentiasa mengikut kehendak pelangganPosted on Google![]()
cnsbintangTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
recommendedVerified by TrustindexTrustindex verified badge is the Universal Symbol of Trust. Only the greatest companies can get the verified badge who has a review score above 4.5, based on customer reviews over the past 12 months. Read more
Soalan Lazim CIDB
01 Apakah syarat untuk daftar CIDB kontraktor di Malaysia? +
Kontraktor perlu memenuhi syarat pendaftaran CIDB, termasuk keperluan syarikat, kategori dan pengkhususan kerja yang dipohon. Dokumen sokongan serta kelayakan hendaklah mengikut syarat semasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
02 Apakah perbezaan gred CIDB G1 hingga G7? +
Gred CIDB menentukan had nilai kerja kontraktor. Had umum ialah G1 sehingga RM200,000, G2 sehingga RM500,000, G3 sehingga RM1 juta, G4 sehingga RM3 juta, G5 sehingga RM5 juta, G6 sehingga RM10 juta dan G7 tiada had nilai berdasarkan gred. Pemilihan gred tertakluk pada syarat dan kelayakan CIDB.
03 Bagaimana cara renew Lesen CIDB? +
Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dibuat melalui sistem CIMS CIDB. Kontraktor perlu menyemak tarikh tamat tempoh, mengemas kini maklumat syarikat dan memenuhi syarat serta dokumen pembaharuan yang ditetapkan oleh CIDB.
04 Berapa lama tempoh sah Lesen CIDB? +
Tempoh sah Lesen CIDB atau Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) bergantung pada jenis permohonan. Pendaftaran baharu lazimnya sah sehingga 2 tahun, manakala pembaharuan atau pendaftaran semula boleh diberikan tempoh 1 hingga 3 tahun, bergantung pada mata CCD dan kelulusan CIDB.
Apa itu CIDB dan kenapa penting untuk kontraktor?
CIDB (Construction Industry Development Board) adalah badan rasmi yang mengawal dan mengembangkan industri pembinaan di Malaysia. Sijil CIDB wajib untuk kontraktor yang ingin ikut tender kerajaan atau projek besar
Berapa lama proses pendaftaran CIDB?
Biasanya antara 7 hingga 14 hari kerja dengan dokumen lengkap.
Apakah saya perlu perbaharui sijil CIDB setiap tahun?
Ya, pembaharuan wajib dilakukan untuk menjaga status aktif pendaftaran.
Kenapa Saya Perlu Dapatkan Khidmat DaftarLesenCIDB.com.my
Kami dapat membantu untuk pendaftaran, pembaharuan lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan lebih mudah & lancar.
Dengan kepakaran yang ada, setiap permohonan dapat disiapkan lebih cepat & tidak membebankan anda.

Dapatkan Lesen CIDB Anda Yang Sah Hari Ini!ย