Kursus Integriti & Kod Etika Kontraktor CIDB – Siapa Wajib Hadir & Apa Kandungannya?
Jika anda ingin mendaftar atau memperbaharui lesen CIDB, Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor adalah salah satu keperluan penting yang wajib dipatuhi oleh syarikat kontraktor di Malaysia.
Artikel ini akan menerangkan siapa yang wajib hadir, apa kandungan kursus, serta bagaimana anda boleh mendaftar dengan mudah.
Siapa Wajib Hadir Kursus Integriti CIDB?
Kursus ini wajib dihadiri oleh individu yang mewakili syarikat kontraktor dalam kategori berikut:
Pendaftaran Lesen CIDB kali pertama
Untuk semua syarikat yang baru ingin berdaftar dengan CIDB Malaysia.
Pembaharuan Lesen (Renewal)
Wajib bagi syarikat yang tidak pernah hadir kursus sebelum ini walaupun pernah daftar sebelum ini.
Kenaikan Gred (Contoh: G3 ke G4, G5 ke G6)
Jika syarikat ingin naik taraf gred, kehadiran ke kursus integriti adalah antara syarat utama.
Siapa Perlu Hadir Secara Fizikal?
Pemilik syarikat / pengarah urusan
Pengurus projek (jika dilantik sebagai wakil rasmi syarikat)
Apa Kandungan Kursus Integriti CIDB?
Kursus ini disusun oleh CIDB bagi memastikan semua kontraktor memahami aspek integriti, tatakelola dan etika dalam bidang pembinaan.
Antara kandungan utama:
Pengenalan kepada CIDB & Akta 520
Kod Etika Kontraktor
Tatakelakuan & Integriti dalam Industri Pembinaan
Kes-kes Salah Laku Kontraktor
Peranan Kontraktor Dalam Menjaga Reputasi Industri
Tanggungjawab Sosial & Alam Sekitar
📍 Cara Daftar Kursus Integriti CIDB
Daftar dengan mudah melalui kami di daftarlesencidb.com.my:
✅ Semak kelayakan & tarikh kursus
✅ Urus tempahan slot dengan pantas
✅ Konsultasi penuh proses pendaftaran CIDB




