Cara Daftar CIDB Malaysia Secara Online

daftar cidb
Tahukah Anda, Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994.

Seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan atau menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan tanpa didaftarkan sebagai kontraktor berdaftar dengan LPIPM adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Merujuk kepada Seksyen 25 (1) Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) :

“Tiada seorang pun boleh menjalankan kerja atau menyiapkan, mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagi kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini”.

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar dengan CIDB Malaysia mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor cidb antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB).

Gred Kontraktor Binaan (G1 – G7)

CIDB menawarkan pelbagai jenis lesen mengikut skop kerja dan saiz projek. Berikut adalah kategori utama:

Kontraktor Binaan (G1 – G7)

Lesen ini berdasarkan nilai maksimum projek yang boleh dikendalikan:

  • G1 — Projek bernilai sehingga RM200,000

  • G2 — Projek bernilai sehingga RM500,000

  • G3 — Projek bernilai sehingga RM1 juta

  • G4 — Projek bernilai sehingga RM3 juta

  • G5 — Projek bernilai sehingga RM5 juta

  • G6 — Projek bernilai sehingga RM10 juta

  • G7 — Projek bernilai melebihi RM10 juta

🔹 Kontraktor Kerja Awam

Lesen mengikut jenis kerja awam yang dijalankan:

  • CE — Kejuruteraan Awam

  • B — Bangunan

  • ME — Mekanikal dan Elektrikal

Kontraktor Khusus

Lesen untuk bidang kerja khusus, antaranya:

  • Pemasangan lif

  • Pemasangan penghawa dingin

  • Dan lain-lain kerja khusus

    💡 Pilih lesen yang sesuai dengan skop projek dan kepakaran syarikat anda untuk elak masalah semasa permohonan atau pembaharuan CIDB.

Syarat-syarat Pendaftaran Lesen CIDB

Syarat-syarat untuk mendaftar lesen CIDB berbeza mengikut gred dan kategori. Berikut adalah beberapa syarat umum:

Untuk Gred G1 – G3

✅ Syarikat berdaftar dengan SSM
✅ Modal berbayar minimum (mengikut gred)
✅ Memiliki Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) yang berkaitan
✅ Menghadiri Kursus Kontraktor yang diiktiraf CIDB

Untuk Gred G4 – G7

✅ Memenuhi semua syarat G1 – G3
✅ Modal berbayar lebih tinggi (mengikut gred)
✅ Mempunyai pengalaman dalam industri pembinaan
✅ Memiliki kakitangan teknikal yang berkelayakan

📂 Dokumen Diperlukan Untuk Daftar CIDB

🏢 Untuk Semua Gred (G1 – G7)

✅ Salinan SSM e-info
✅ Salinan kad pengenalan pemilik / pengarah syarikat
✅ Salinan penyata modal berbayar (jika berkaitan)
✅ Salinan dokumen alamat syarikat (contoh: bil utiliti, surat PBT)
✅ Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) — jika diperlukan mengikut bidang
✅ Salinan perjanjian sewa kedai yang di stamping
✅ Borang permohonan CIDB (diisi dengan lengkap)

💼 Tambahan Untuk Gred G4 – G7

✅ Rekod prestasi projek syarikat
✅ Salinan sijil kelayakan kakitangan teknikal
✅ Penyata kewangan / modal berbayar yang lebih tinggi

Kami Sedia Bantu Daftar CIDB Anda!

Kontraktor hanya dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan selepas lesen CIDB anda telah diluluskan dan sekiranya anda menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan CIDB, syarikat anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Sebelum berdaftar sebagai kontraktor, anda perlu mengetahui syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dimohon seperti yang telah ditetapkan oleh pihak CIDB antaranya adalah modal berbayar yang anda miliki. Modal berbayar ini akan menentukan gred-gred yang boleh dipohon. Anda boleh rujuk artikel ini bagi mengetahui cara daftar lesen CIDB dengan mudah dan cepat. Oleh itu, hubungi kami untuk bantuan dan khidmat Daftar/Renew Lesen CIDB secara sah. Daftar Sekarang di www.daftarlesencidb.com.my

Scroll to Top