Pengumuman : Akses Laman Web Construction Digital Maturity Index (CDMI)

Construction Digital Maturity Index CDMI

Construction Digital Maturity Index (CDMI) ialah sistem penilaian yang diperkenalkan oleh CIDB Malaysia untuk mengukur tahap kematangan digital syarikat kontraktor dalam industri pembinaan di Malaysia.

CDMI dibangunkan bagi membantu kontraktor menilai sejauh mana penggunaan teknologi digital dalam operasi syarikat mereka, termasuk aspek seperti:

  • Penggunaan sistem digital dalam pengurusan projek
  • Penggunaan BIM (Building Information Modeling)
  • Penggunaan software pembinaan & cloud system
  • Automasi proses kerja
  • Keselamatan data & teknologi
  • Kemahiran digital pekerja
  • Pengurusan dokumen secara digital
  • Integrasi teknologi dalam operasi syarikat

Dimaklumkan bahawa Construction Digital Maturity Index (CDMI) kini boleh diakses melalui laman website cdmi.cidb.gov.my.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberi hebahan kepada kontraktor berdaftar di Malaysia mengenai pelaksanaan sistem CDMI, yang dibangunkan bagi membolehkan penilaian tahap kematangan digital syarikat berdasarkan model peringkat yang telah ditetapkan.

Melalui sistem ini, kontraktor dapat mengenal pasti tahap kesiapsiagaan digital masing-masing serta merancang langkah penambahbaikan ke arah transformasi digital yang lebih berkesan dalam industri pembinaan.

Perlukan bantuan berkaitan pendaftaran CIDB atau konsultasi CIDB? Hubungi kami untuk bantuan dan semakan secara profesional.

Scroll to Top