Apa Itu Mata CCD CIDB?

mata ccd - ccd point

Mata CCD CIDB ialah singkatan kepada Continuous Contractor Development (CCD) Points yang diperkenalkan oleh Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB Malaysia) sebagai sistem penilaian pembangunan berterusan kontraktor di Malaysia.

Sistem mata CCD diwujudkan bagi memastikan kontraktor sentiasa:

  • meningkatkan pengetahuan industri,
  • mengikuti latihan terkini,
  • meningkatkan kompetensi syarikat,
  • serta mematuhi standard industri pembinaan negara.

Mata CCD sangat penting terutama ketika proses:

  • pembaharuan lesen CIDB,
  • penilaian kontraktor,
  • dan penyertaan program pembangunan industri pembinaan.

Mata CCD / CCD Point Mengikut Gred

Gred Kontraktor

1 Tahun

2 Tahun

3 Tahun

G1 & G2

10

20

30

G3 & G4

20

40

60

G5 & G6

30

60

90

G7

40

80

120

Siapa yang perlu mengumpul mata CCD?

Semua kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan memiliki lesen kontraktor aktif perlu mengumpul mata CCD bagi mengekalkan pendaftaran mereka.

Apa yang berlaku jika saya tidak mempunyai cukup mata CCD?

Jika anda gagal mengumpul mata CCD yang mencukupi, anda mungkin tidak dapat memperbaharui lesen CIDB anda.

Bagaimana saya boleh mengumpul mata CCD?

Salah satu cara anda boleh mengumpul mata CCD melalui: Menghadiri latihan, kursus, seminar, dan forum Menjadi penceramah dalam program ilmu

Tak cukup Mata CCD untuk renew CIDB?
Hubungi kami sekarang untuk Daftar Kursus CIDB CCD Point dan Pembaharuan Lesen CIDB.

Scroll to Top