Renew PPK CIDB 2026

Pembaharuan pendaftaran adalah permohonan yang dibuat bagi melanjutkan tempoh perakuan pendaftaran. Syarikat boleh membuat permohonan sekurang-kurangnya seratus dua puluh hari (120) sebelum tarikh luput Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).Syarikat perlu mematuhi kriteria dan syarat-syarat pendaftaran dan bebas daripada tindakan tatatertib. Tempoh pendaftaran adalah diantara satu (1) hingga tiga (3) tahun bergantung kepada mata CCD yang terkumpul.

Mata CCD Minimum Untuk Pembaharuan Lesen CIDB (PPK)

Tempoh pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB bergantung kepada jumlah Mata CCD yang telah dikumpulkan. Semakin tinggi mata CCD, semakin panjang tempoh pembaharuan yang boleh dipohon.

Gred Kontraktor 1 Tahun
(Mata Minimum)
2 Tahun
(Mata Minimum)
3 Tahun
(Mata Minimum)
G1 & G2 10 Mata CCD 20 Mata CCD 30 Mata CCD
G3 & G4 20 Mata CCD 40 Mata CCD 60 Mata CCD
G5 & G6 30 Mata CCD 60 Mata CCD 90 Mata CCD
G7 40 Mata CCD 80 Mata CCD 120 Mata CCD

Nota: Tempoh pembaharuan PPK CIDB adalah antara 1 hingga 3 tahun bergantung kepada jumlah Mata CCD yang berjaya dikumpulkan oleh kontraktor.

CIDB berhak untuk membuat penilaian semula gred/ kategori/ pengkhususan pendaftaran kontraktor sediaada berdasarkan dokumen/ maklumat yang diisytiharkan semasa pembaharuan.

Perlu Bantuan Pembaharuan Lesen CIDB?

Kami membantu urusan pembaharuan PPK, SPKK & STB CIDB dengan proses yang cepat, mudah dan profesional.

✅ Semakan Percuma | ✅ Proses Pantas | ✅ Konsultasi Pakar

👉 Mohon Pembaharuan CIDB Sekarang

Scroll to Top