Apa itu Sijil ISO 9001:2015?
ISO 9001:2015 adalah standard antarabangsa untuk sistem pengurusan kualiti. Ia menyediakan kerangka kerja untuk organisasi dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang mereka hasilkan sentiasa konsisten dari segi kualiti dan memenuhi kehendak pelanggan serta peraturan yang berkaitan.
- ISO 9001:2015adalah versi terkini standard ISO 9001 yang diterbitkan pada tahun 2015.
- Ia fokus kepada pendekatan berasaskan risiko dan penambahbaikan berterusan.
- Standard ini bukan sahaja menumpukan pada produk atau perkhidmatan akhir tetapi juga pada proses yang menghasilkan kualiti tersebut.
Kepentingan ISO 9001:2015 dalam industri pembinaan bagi kontraktor berdaftar gred G7:
ISO 9001:2015 adalah standard antarabangsa untuk sistem pengurusan kualiti. Ia menyediakan kerangka kerja untuk organisasi dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang mereka hasilkan sentiasa konsisten dari segi kualiti dan memenuhi kehendak pelanggan serta peraturan yang berkaitan.
- ISO 9001:2015adalah versi terkini standard ISO 9001 yang diterbitkan pada tahun 2015.
- Ia fokus kepada pendekatan berasaskan risiko dan penambahbaikan berterusan.
- Standard ini bukan sahaja menumpukan pada produk atau perkhidmatan akhir tetapi juga pada proses yang menghasilkan kualiti tersebut.
1.Peningkatan kualiti kerja
- Melalui sistem pengurusan kualiti, kontraktor dapat memastikan bahawa setiap proses pembinaan mematuhi standard yang ditetapkan.
- Ini membantu mengurangkan kecacatan dan kos pembetulan.
2.Elemen Penting Bagi Melayakkan Kontraktor memohon SPKK
- ISO 9001 membantu kontraktor melengkapkan syarat dan penilaian skor bagi membolehkan Kontraktor meneruskan permohonan untuk mendapatkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
- Tanpa Sijil ISO kontraktor G7 tidak layak untuk memohon SPKK dan mendapatkan kontrak dan projek dengan kerajaan
3.Memudahkan urusan tender dan projek
- Banyak projek besar memerlukan kontraktor mempunyai sijil ISO 9001 sebagai salah satu syarat tender. Kontraktor tanpa ISO sering kalah dari segi penilaian teknikal
- Memiliki sijil ini dapat meningkatkan kredibiliti dan peluang untuk memperoleh projek baru.
4.Peningkatan kepuasan pelanggan
- Dengan proses yang terurus dan produk yang konsisten, pelanggan akan lebih puas hati, meningkatkan reputasi kontraktor.
5.Pengurusan risiko yang lebih baik
- Standar ini membantu mengenal pasti dan mengawal risiko yang mungkin timbul dalam projek pembinaan, memastikan kelancaran kerja.
6.Kecekapan operasi
- Dengan proses yang didokumentasi dan distandardisasi, pembaziran masa dan sumber dapat dikurangkan.
Bagi kontraktor gred G7, yang biasanya terlibat dalam projek pembinaan bernilai besar dan kompleks, ISO 9001:2015 adalah alat penting untuk memastikan operasi mereka profesional, konsisten, dan kompetitif di pasaran. Adalah dimaklumkan bermula Januari 2027, Pendaftaran Kontraktor baharu bagi gred G7 adalah diwajibkan untuk mendapatkan Persijilan ISO Sistem Anti-Rasuah MS ISO 37001 : 2016 . Kegagalan untuk memilik sijil ISO ini akan menyebabkan kontraktor tidak layak untuk membuat pendaftaran baharu mahupun pembaharuan semula SPKK




