CARA MUDAH DAFTAR LESEN CIDB SECARA ONLINE

Pengenalan

 

Tahukah Anda, Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994.

Seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan atau menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan tanpa didaftarkan sebagai kontraktor berdaftar dengan LPIPM adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Merujuk kepada Seksyen 25 (1) Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) :

“Tiada seorang pun boleh menjalankan kerja atau menyiapkan, mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagi kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini”.

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar dengan CIDB Malaysia mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor cidb antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB).

Kontraktor hanya dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan selepas lesen CIDB anda telah diluluskan dan sekiranya anda menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan CIDB, syarikat anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sebelum berdaftar sebagai kontraktor, anda perlu mengetahui syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dimohon seperti yang telah ditetapkan oleh pihak CIDB antaranya adalah modal berbayar yang anda miliki. Modal berbayar ini akan menentukan gred-gred yang boleh dipohon. Anda boleh rujuk artikel ini bagi mengetahui cara daftar lesen CIDB dengan mudah dan cepat. Oleh itu, hubungi kami untuk bantuan dan khidmat Daftar/Renew Lesen CIDB secara sah.

Scroll to Top