Daftar Score CIDB - 7 Parameter Skor CIDB 2026

Apakah Itu Sijil Score CIDB?

Skor CIDB, yang dikenali sebagai SCORE (Sistem Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor) atau MCORE untuk Gred G1, adalah penarafan rasmi oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Ia mengukur keupayaan kontraktor melalui bintang (1 hingga 5) berdasarkan prestasi perniagaan, kewangan, dan pengurusan.

Penilaian ini diwajibkan untuk pembaharuan lesen kontraktor G2 hingga G7 dan diperlukan untuk memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

Parameter Penilaian Skor CIDB

Syarikat anda akan dinilai berdasarkan beberapa parameter utama:

  • Kontraktor Gred G2 – G7 (SCORE):Dinilai melalui 7 parameter, termasuk Prestasi Perniagaan, Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, dan Amalan Terbaik. 
  • Kontraktor Gred G1 (MCORE): pula Dinilai melalui 4 parameter asas yang merangkumi Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Keupayaan Bisnes, dan Pengurusan Perniagaa

 

Apakah Itu SPKK? (SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN)

SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) adalah sijil yang diperlukan oleh syarikat pembinaan untuk membolehkan syarikat menyertai tender dan kontrak kerja kerajaan di Malaysia. Sijil ini dikeluarkan oleh CIDB Malaysia dan wajib dimiliki untuk semua projek kerajaan.

Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat berikut:

a)Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang masih sah

b) Bebas dari sabitan tindakan tatatertib atau mahkamah semasa mengemukakan permohonan

c)Memenuhi syarat pendaftaran PPK.Kecuali bagi gred G1 modal berbayar/modal terkumpul untuk SPKK adalah RM10,000

d)Kontraktor gred G2,G3 dan G4 yang ingin mendapatkan SPKK, kontraktor wajib untuk memperolehi penilaian skor sekurang-sekurangnya 2 bintang

e) Bagi Kontraktor gred G5,G6 dan G7 pula, kontraktor wajib untuk memperolehi penilaian skor sekurang-sekurangnya 3 bintang untuk melayakkan mereka memperolehi SPKK. Manakala untuk Kontraktor Gred G7 perlu memperolehi pensijilan ISO 9001:2008/2015 sebelum membuat penilaian Skor (Kriteria Wajib yang perlu ada)

f) Manakala bagi kontraktor gred G1 ia tidak perlu membuat penilaian skor untuk mendapatkan SPKK. Cukup dengan sekurang-kurangnya hanya mempunyai sijil berkaitan teknikal yang diiktiraf oleh mana-mana institusi kerajaan mahupun swasta.Bagi Kontraktor G1 ia dipanggil MCORE iaitu program yang digunakan semasa membuat permohonan pembaharuan SPKK G1. Ia diperkenalkan kepada gred G1 dengan 4 kriteria penilaian iaitu Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Operasi Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan.

Senarai Semak Dokumen

Dokumen Sokongan hendaklah dijilid mengikut susunan senarai semak dibawah

Semak Bil Dokumen Diperlukan
1 Profil Syarikat
2 Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
3 Salinan Sijil Pencapaian SCORE terdahulu (jika ada)
4 Salinan Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
5 Syarikat Berhad / Sendirian Berhad / Koperasi
  • Laporan Akaun Beraudit 3 Tahun Terkini
6 Syarikat Pemilikan Tunggal / Perkongsian
  • Penyata Simpan Kira-kira / Kunci Kira-kira
  • Salinan Penyata Bank Setahun Terkini
  • Salinan Penyata Cukai Pendapatan Syarikat Terkini
7 Senarai projek dalam pembinaan termasuk tarikh mula, tarikh siap dan nilai kontrak.
8 Borang Soal Selidik (jika berkenaan)
9 Salinan Penyata KWSP Syarikat Terkini
10 Senarai nama pekerja berdaftar dengan Badan Profesional berserta salinan Perakuan Pendaftaran Keahlian.
11 Salinan Sijil QLASSIC (jika ada)
12 Surat Tawaran & CPC bagi 3 Tahun Terkini
13 Manual Standard Operating Procedures (SOP)
14 Dokumen TQM atau dokumen berkaitan (jika ada)
15 Salinan Sijil Piawaian / Standard (contoh: ISO 9001)
16 Dokumen CSR (contoh: OJT, khidmat masyarakat dalam pembinaan atau seumpamanya)
17 Surat Penghargaan dan Penganugerahan
18 Lain-lain dokumen sokongan (contoh: sijil kursus berkaitan oleh pekerja atau pemilik syarikat)

Keperluan Minimum untuk SPKK

Untuk layak memohon SPKK bagi menyertai tender kerajaan, anda perlu mencapai skor minimum berikut:

  • Lesen Gred G2 – G4:Minimum 2 Bintang.
  • Lesen Gred G5 – G7:Minimum 3 Bintang

*NOTA PENTING

–  Permohonan SCORE ini terbuka kepada semua kontraktor G2–G7 yang telah berdaftar dengan CIDB

  • Syarikat kontraktor dibenarkan mengemukakan rayuan terhadap keputusan SCORE  dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Keputusan dikeluarkan.
  • CIDB berhak untuk membuat pemeriksaan terhadap premis/tapak binaan kontraktor atau memanggil syarikat kontraktor ke Pejabat CIDB untuk menjalani sesi Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) bagi membuktikan kesahihan maklumat yang diberikan.

– Kontraktor boleh dikenakan tindakan sekiranya membuat pengisytiharaan melebihi kemampuan. Tindakan yang akan dikenakan adalah surat amaran dan digantung permohonan SCORE selama 3 bulan atau pembatalan sijil SCORE dan digantung permohonan SCORE selama 1 tahun

Nota Penting

Untuk makluman kontraktor, bermula pada 01 Julai 2024, semua kontraktor gred G2-G7 yang berdaftar dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah DIWAJIBKAN membuat penilaian SCORE-CIDB sebelum membuat permohonan pendaftaran semula (pembaharuan) PPK.

Apakah CABARAN untuk mendapatkan penilaian SCORE?

Ramai kontraktor yang menghadapi cabaran untuk membuat penilaian SCORE, antaranya:

  • Risiko hanya mendapat 1 BINTANG sahaja dan layak perbaharui PPK sahaja (tidak layak untuk perbaharui atau dapatkan sijil SPKK).
  • Mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan-soalan SCORE.
  • Perlu ada dokumen tambahan dan dokumen sokongan.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan perkhidmatan SCORE, boleh terus Whatsapp untuk kami uruskan SCORE syarikat anda. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh Klik Link Dibawah

Scroll to Top