Apa Itu Lesen CIDB?
Pengenalan
Apa itu lesen CIDB? Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor cidb antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)
Jenis-jenis Lesen CIDB
1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) adalah sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat kontraktor yang telah berdaftar dengan CIDB mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya. Adalah wajib bagi kontraktor untuk berdaftar dengan CIDB sekiranya anda terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, anda perlu memiliki SSM. Berikut adalah contoh sijil PPK.
2. Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK)
Sijil Perakuan Kerja Kerajaan atau lebih dikenali sebagai SPKK adalah sijil yang memperakukan bahawa penama di dalam SPKK layak menyertai projek-projek pembinaan oleh kerajaan Malaysia mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Penama SPKK adalah individu yang dibenarkan untuk membuat urusan berkaitan tender kerajaan yang terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli lembaga koperasi, atau mana-mana kakitangan syarikat yang digajikan sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat anda mestilah telah beroperasi melebihi dari 3 tahun.
3. Sijil Taraf Bumiputera (STB)
Sekiranya syarikat anda berdaftar dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB), ini akan melayakkan anda untuk memohon tender khas untuk taraf bumiputera sahaja. Syarikat atau perniagaan yang mempunyai semua pemilik berstatus bumiputera sahaja yang layak memohon. Sijil ini diperlukan apabila anda ingin memohon tender kerajaan.
Kontraktor hanya dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan selepas lesen CIDB anda telah diluluskan dan sekiranya anda menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan CIDB, syarikat anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sebelum berdaftar sebagai kontraktor, anda perlu mengetahui syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dimohon seperti yang telah ditetapkan oleh pihak CIDB antaranya adalah modal berbayar yang anda miliki. Modal berbayar ini akan menentukan gred-gred yang boleh dipohon. Anda boleh rujuk artikel ini bagi mengetahui cara daftar lesen CIDB dengan mudah dan cepat. Oleh itu, hubungi kami untuk bantuan dan khidmat Daftar/Renew Lesen CIDB secara sah.