Pengenalan Jenis Lesen CIDB
CIDB Malaysia menawarkan pelbagai jenis lesen mengikut saiz, nilai projek dan jenis syarikat kontraktor. Lesen ini perlu dimohon oleh syarikat yang menjalankan kerja pembinaan di Malaysia, sama ada projek kerajaan atau swasta.
Jenis-jenis Lesen CIDB
1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) adalah sijil yang dikeluarkan oleh CIDB kepada syarikat kontraktor yang telah berdaftar dengan CIDB mengikut Akta 520 dan peraturan di bawahnya. Adalah wajib bagi kontraktor untuk berdaftar dengan CIDB sekiranya anda terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, anda perlu memiliki SSM. Berikut adalah contoh sijil PPK.
2. Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK)
Sijil Perakuan Kerja Kerajaan atau lebih dikenali sebagai SPKK adalah sijil yang memperakukan bahawa penama di dalam SPKK layak menyertai projek-projek pembinaan oleh kerajaan Malaysia mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Penama SPKK adalah individu yang dibenarkan untuk membuat urusan berkaitan tender kerajaan yang terdiri dari mana-mana individu warganegara Malaysia samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli lembaga koperasi, atau mana-mana kakitangan syarikat yang digajikan sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat anda mestilah telah beroperasi melebihi dari 3 tahun.
3. Sijil Taraf Bumiputera (STB)
Sekiranya syarikat anda berdaftar dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB), ini akan melayakkan anda untuk memohon tender khas untuk taraf bumiputera sahaja. Syarikat atau perniagaan yang mempunyai semua pemilik berstatus bumiputera sahaja yang layak memohon. Sijil ini diperlukan apabila anda ingin memohon tender kerajaan.