Pendaftaran Score & SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan)

Apakah Itu Sijil SCORE CIDB?

Program Penilaian Keupayaan Dan Kemampuan Kontraktor Skor (SCORE)

Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan oleh CIDB dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia. Dengan adanya penarafan Skor ianya dapat menentu dan melayakkan kontraktor untuk memohon SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) berdasarkan jumlah bintang yang diperolehi kontraktor.

 

*NOTA PENTING

  • Permohonan SCORE ini terbuka kepada semua kontraktor G2–G7 yang telah berdaftar dengan CIDB
  • Syarikat kontraktor dibenarkan mengemukakan rayuan terhadap keputusan SCORE  dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Keputusan dikeluarkan. Sebarang permohonan    rayuan selepas tempoh tersebut tidak akan Keputusan SCORE selepas rayuan adalah muktamad. Sekiranya masih gagal permohonan baru hanya boleh dikemukakan selepas tempoh SATU (1) Tahun daripada Tarikh surat Keputusan dikeluarkan.
  • CIDB berhak untuk membuat pemeriksaan terhadap premis/tapak binaan kontraktor atau memanggil syarikat kontraktor ke Pejabat CIDB untuk menjalani sesi Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) bagi membuktikan kesahihan maklumat yang diberikan.
  • Kontraktor boleh dikenakan tindakan sekiranya membuat pengisytiharaan melebihi kemampuan. Tindakan yang akan dikenakan adalah surat amaran dan digantung permohonan SCORE selama 3 bulan atau pembatalan sijil SCORE dan digantung permohonan SCORE selama 1 tahun

Apakah Itu Sijil SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan)?

Lesen CIDB SPKK

SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) adalah sijil yang diperlukan oleh syarikat pembinaan untuk membolehkan syarikat menyertai tender dan kontrak kerja kerajaan di Malaysia. Sijil ini dikeluarkan oleh CIDB Malaysia dan wajib dimiliki untuk semua projek kerajaan.

📌 Kenapa SPKK Penting?

✔ Syarat wajib untuk layak masuk tender kerja kerajaan
✔ Meningkatkan kredibiliti syarikat
✔ Memenuhi syarat dokumen kontrak kerajaan


📂 Dokumen Diperlukan Untuk Daftar SPKK

✅ Salinan SSM syarikat (Form 9 / Form D)
✅ Salinan kad pengenalan pengarah / pemilik syarikat
✅ Salinan lesen CIDB syarikat (yang masih sah)
✅ Salinan penyata modal berbayar (minimum mengikut syarat SPKK)
✅ Rekod prestasi projek (jika berkaitan)
✅ Sijil SKK (jika diperlukan)


⚙ Proses Daftar SPKK

1️⃣ Semakan dokumen & kelayakan syarikat
2️⃣ Isi borang permohonan SPKK
3️⃣ Hantar permohonan melalui sistem CIDB atau kaunter
4️⃣ Bayaran yuran SPKK
5️⃣ SPKK diluluskan dan dikeluarkan

📲 Mohon Daftar SPKK Sekarang

Isi borang di bawah — kami akan hubungi anda untuk semakan dokumen & sebut harga percuma!

Scroll to Top