Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ialah badan berkanun di bawah kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab mengawal selia industri pembinaan. Semua kontraktor yang ingin menjalankan projek pembinaan WAJIB berdaftar dengan CIDB.
Fungsi Utama CIDB
Antara peranan penting CIDB:
Mendaftarkan kontraktor pembinaan
Mengawal selia projek pembinaan
Menyediakan latihan & kursus (contoh CCD)
Menetapkan standard kualiti pembinaan
Memastikan keselamatan di tapak binaan
Kepada Perlu Daftar CIDB
Pendaftaran CIDB bukan sekadar syarat, tetapi memberi banyak kelebihan:
Layak masuk tender kerajaan & swasta
Tingkatkan kredibiliti syarikat
Akses kepada projek besar
Mematuhi undang-undang pembinaan Malaysia
Elak penalti & tindakan undang-undang
Kategori Lesen CIDB (Gred Kontraktor)
Gred
Had Projek
G1
RM200,000
G2
RM500,000
G3
RM1 juta
G4
RM3 juta
G5
RM5 juta
G6
RM10 juta
G7
Tiada had
Syarat Daftar CIDB
Untuk memohon lesen CIDB, anda perlu:
Syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia