Perakuan Pendaftaran Kontraktor PPK CIDB 2026 : Cara Daftar, Syarat & Pembaharuan PPK
Permohonan Daftar Baru PPK
Pendaftaran baru adalah permohonan yang dibuat oleh syarikat yang belum mempunyai pendaftaran dengan CIDB. Syarikat perlu mematuhi kriteria dan syarat-syarat pendaftaran. Kontraktor akan didaftarkan mengikut Gred, Kategori dan Pengkhususan yang layak. Tempoh pendaftaran baru adalah dua tahun dan kontraktor perlu mematuhi syarat-syarat berikut dalam tempoh tersebut:
- Hadir dan lulus Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor
- Memenuhi minimamata CCD
- Hadir dan lulus kursus Pengurusan Bisnes (SKP) – bagi gred G1 hingga G3 yang tidak mempunyai Sijil Teknikal
- Hadir dan lulus kursus Pengurusan Fasiliti (SKP) – bagi syarikat yang mempunyai kategori Fasiliti (F)
- Hadir dan lulus kursus Sijil Kecekapan Kemahiran Fasiliti (SKK) – bagi syarikat yang mempunyai kategori Fasiliti (F)
Skop Pendaftaran:-
Setiap kontraktor didaftarkan mengikut:
- Gred
- Kategori
- Pengkhususan
- Pengkelasan
Gred Pendaftaran Kontraktor
Setiap kontraktor akan didaftarkan oleh CIDB mengikut gred pendaftaran berdasarkan kepada keupayaan dan kemampuan kontraktor memenuhi syarat-syarat kriteria pendaftaran kontraktor yang telah ditetapkan. Gred pendaftaran kontraktor adalah untuk menentukan had keupayaan menender / menjalankan kerja, rujuk Lampiran 3.
1.1 Kategori Pendaftaran Kontraktor
Terdapat empat (4) Kategori pendaftaran iaitu:
- Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE)
- Pembinaan Bangunan dan (B)
- Mekanikal dan Elektrikal (ME)
- Fasiliti (F)
Kontraktor boleh memohon kategori pendaftaran seperti di atas berdasarkan kepada kerja-kerja yang akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun penetapan Kategori adalah berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman personel teknikal. Pada umumnya permohonan baru akan diberikan :
- Kategori B dan CE
- Kategori ME akan diberikan sekiranya syarikat mempunyai personel teknikal yang memiliki sijil teknikal/ sijil kelayakan akademik berkaitan bidang pembinaan.
Kategori F akan diberikan kepada syarikat yang mendaftar perniagaannya dibawah pendaftaran ROC (Sdn Bhd/Bhd) /Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan/Persatuan Malaysia (ROS). Syarikat tersebut mestilah berdaftardalam Gred G4 ke atas. Syarikat juga perlu memenuhi kriteria personel
|
GRED |
KEUPAYAAN MENENDER / MENJALANKAN KERJA (RM |
MODAL BERBAYAR / MODAL TERKUMPUL (RM) |
KELAYAKAN PERSONEL TEKNIKAL |
LAIN-LAIN KEPERLUAN |
|
G7 |
Tiada Had |
750,000 |
Seorang Diploma dan Seorang Ijazah (kedua-dua minima 5 tahun pengalaman) Atau Dua orang Ijazah (salah Seorang 5 tahun pengalaman) |
Berdaftar dengan salah satu pendaftar perniagaan dibawah: i)Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Berniaga Borang B(Sabah)/ Lesen Perdagangan Borang I (Sarawak)-Syarikat ROB/ROC ii) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iii) Pendaftaran Persatuan atau Pertubuhan (ROS) *Jenis Perniagaan yang terdapat dalam pendaftaran perniagaan mesti berkaitan dengan bidang pembinaan
*Seorang Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat satu permohonan pendaftaran syarikat sahaja |
|
G6 |
Tidak Melebihi 10 juta |
500,000 |
Seorang Ijazah dan Seorang Diploma (salah seorang minima 3 tahun pengalaman) |
|
|
G5 |
Tidak Melebihi 5 juta |
250,000 |
Seorang Diploma (minima 5 tahun pengalaman atau Seorang Ijazah
|
|
|
G4 |
Tidak Melebihi 3 juta |
150,000 |
Seorang Diploma |
|
|
G3 |
Tidak Melebihi 1 juta |
50,000 |
Sijil Teknikal(sekiranya ada) |
|
|
G2 |
Tidak melebihi 1juta |
25,000 |
Sijil Teknikal(sekiranya ada) |
|
|
G1
|
Tidak Melebihi 500,000 |
5,000 |
Sijil Teknikal(sekiranya ada) |
|
|
10,000 Untuk SPKK |
Wajib ada Sijil Teknikal Untuk Permohonan SPKK |
Nota:
- Modal Berbayar (bagi syarikat Sdn Bhd atau syarikat Bhd)
- Modal Terkumpul (bagi firma pemilik tunggal / perkongsian /perkongsian liabiliti terhad dalam bentuk penyata bankakaun semasa syarikat bulan terkini (baki tertinggi ))/ baki di buku simpanan / simpanan tetap yang belum dicagar / saham ASB dan simpanan tabung
- Diploma/ Ijazah/ Sijil berkaitan bidang pembinaan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia/CIDB
Pengkhususan Pendaftaran Kontraktor
Status Pengkelasan Pendaftaran Kontraktor
Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan/mengisytiharkan maklumat projek yang dilaksanakan sepanjang tempoh tiga (3) tahun terkini pendaftaran sebelumnya untuk penetapan status pengkelasan. Pengkelasan Perakuan Pendaftaran kontraktor adalah seperti berikut
|
BARU |
Kontraktor yang baru berdaftar |
|
AKTIF |
Kontraktor tempatan yang di award projek dalam tempoh tiga(3) tahun terkini atau mempunyai projek sepanjang tempoh pendaftaran berkuatkuasa. |
|
DORMAN |
Kontraktor yang tidak dianugerah sebarang projek |
Perubahan status pengkelasan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) boleh dilakukan di dalam sistem CIMS dengan mengisytiharkan maklumat projek yang dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun terkini dan membuat permohonan kemaskini maklumat syarikat.
Cara Daftar PPK CIDB
- Sediakan dokumen syarikat (SSM, IC, akaun bank).
- Pilih kod bidang & gred (B, CE, ME / G1–G7).
- Mohon dalam sistem CIMS CIDB.
- Muat naik dokumen & buat pembayaran.
- Tunggu kelulusan → Sijil PPK dikeluarkan.
Jika anda ingin elakkan kesilapan & percepatkan kelulusan proses PPK, SPKK & STB , team kami di daftarlesencidb.com.my boleh bantu uruskan pendaftaran CIDB anda secara pantas & sah. Whatsapp Kami Sekarang




