Apa Itu Daftar CIDB G1 dan Kenapa Penting?
CIDB G1 ialah kategori lesen kontraktor paling asas yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Lesen ini membolehkan kontraktor menjalankan projek pembinaan bernilai sehingga RM200,000 bagi setiap projek.
Lesen G1 amat sesuai untuk:
Kontraktor baharu memulakan perniagaan pembinaan
Usahawan kecil yang ingin layak mengambil tender kerajaan
Syarikat yang mahu beroperasi secara sah di bawah Akta 520 (Pindaan 2011)
Untuk mendaftar, pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen asas yang disahkan oleh CIDB. Artikel ini akan menerangkan secara terperinci 4 dokumen wajib daftar CIDB G1 serta langkah permohonannya.
4 Dokumen Wajib Untuk Daftar CIDB G1
1. Salinan KAD Pengenalan (MYkad)
2. Salinan Sijil Pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
2. Penyata Akaun Bank Modal Minima RM10,000 Sekiranya Mohon SPKK Sehingga STB
2. Diploma Teknikal Atau Sijil Teknikal Yang Berkaitan
Kelebihan Mempunyai Lesen CIDB Gred G1
Layak menyertai tender kerajaan & projek swasta kecil
Syarikat berdaftar diiktiraf secara sah di bawah CIDB Malaysia
Peluang memperluas operasi ke kategori lebih tinggi (G2–G7)
Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kredibiliti syarikat
Anda Wajib Ada Lesen CIDB Gred G1
Mendaftar CIDB G1 merupakan langkah pertama yang penting bagi mana-mana syarikat kontraktor baharu yang menjalakan projek di Malaysia.
Dengan menyediakan 4 dokumen utama — SSM, Kad Pengenalan (MyKad), Penyata Bank Minima RM10 Ribu, dan Sijil Teknikal, anda boleh memohon lesen dengan mudah dan cepat.
Pastikan semua dokumen jelas, sah, dan terkini agar permohonan tidak ditolak.
Nak kami bantu urus pendaftaran CIDB G1 anda?
Kami sedia membantu uruskan dari penyediaan dokumen sehingga anda terima lesen CIDB G1 yang sah, Whatsapp kami Sekarang!